Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai pembuka bicara dalam blog ni, aku nak menulis pasal taman yang paling dekat dengan rumah aku. Taman Metropolitan. Ada jugak orang panggil Taman Layang-layang. Sebabnya? Pastilah sebab petang-petang ramai orang main layang-layang kat situ. Ia adalah taman rekreasi yang bagi aku, lengkap dan cantik.
Taman ni terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dekat dengan Kepong, Kuala Lumpur. Kira-kira 1 km dari Giant dan Kuil Batu Caves.
Permainan layang-layang adalah tarikan utama kat taman ni. Jangan risau kalau korang tak pandai buat sendiri layang-layang. Ada dijual kat sini. Harganya tertakluk kepada tuan kedai. Aku pun tak pernah beli. Memandangkan ramai orang dah beli, rasanya harga berpatutan. Masa ni la korang boleh kenalkan anak-anak dengan permainan tradisi. Tambahan pulak, boleh la ambil kesempatan lepas gian. Masa kecik-kecik dulu tak puas main wau.
Taman yang seluas 127 hektar atau 313.7 ekar ni mempunyai hampir 60% kawasan air. Yang menariknya, DBKL membenarkan aktiviti memancing di tasik ni. Kita boleh tengok kalo ramai kaki-kaki pancing di sekeliling tasik. Pada hari cuti dan hujung minggu, jummlah pemancing makin bertambah. Ramai yang datang bersama keluarga memancing sambil berkelah.
Selain daripada tu, taman ni ada trek yang khas untuk berjogging dan aktiviti berbasikal. Cuma yang agak tak selesa, motosikal juga boleh masuk. Macam tak best jek, tgh lepak-lepak kat taman, ada pulak bunyi motosikal dan ada asap. Kalau DBKL halang motor masuk taman tu kan best.
Taman ni ada kemudahan yang lengkap seperti taman permainan kanak-kanak, tandas yang terjaga, kolam air pancut, tempat letak kereta dan menara tinjau.
Aktiviti lain yang boleh buat kat taman ni sambutan hari keluarga, majlis perkahwinan, fotografi, penggambaran. Rasanya sewa tapak kena caj. Itu kena tanya DBKL.
Itu saja buat kali ni. Lain-lain info, korang boleh tambah sendiri. Roger & out.